Hello,. Welcome To My Blog Syahada Bebby Gurlzz Storiey Moriey Official Purple.. Tengss For Visit Kayy.. ^____________^

Thursday 20 December 2012

Cinta Tiga Segi

Assalamualaikum,Pada kali ini,aku nak bawakan sebuah kisah cinta tiga segi yang sangat tragik. Aku pun baru dengar cerita nih dari seorang teman. Katanya,ni adalah kisah yang benar. Dan kisah ini juga sering didengar dan diceritakan suatu masa dahulu.. Kisahnya bermula dengan percintaan Tipah(Bukan Nama Sebenar) dan Ali(Pun Bukan Nama Sebenar). Pada suatu hari, Tipah telah berkenalan dengan seorang lelaki yg bernama Hazwan(Bukan Nama Sebenar). Tipah jatuh hati pada Hazwan. Hazwan seorang lelaki yang sangat baik dan turut mencintai Tipah dengan sepenuh hatinya. Tipah pun putus dengan Ali kerana Hazwan. Namun,pada saat Tipah sedang bahagia bersama Hazwan,Ali telah meminta rujuk kembali dengan Tipah. Tipah pun ceritakan apa yang berlaku kepada Hazwan. Oleh kerana Hazwan terlalu menyintai dan tak sanggup kehilangan Tipah,dia telah berjumpa dengan Ali dan bergaduh.. Secara tak sengajanya,Ali telah terbunuh dalam pergaduhan itu. Kemudian Hazwan di tangkap dan dimasukkan dalam penjara.. Tipah rasa sedih sangat atas apa yang berlaku kepada Hazwan kerana dia turut menyintai Hazwan...Kemudian pada suatu hari,tiba-tiba Tipah telah didatangi oleh seorang kawan Hazwan. Kawan ini membawa sebuah tape. Dan menyerah kan ia kepada Tipah. Dia menceritakan pada Tipah apa yang berlaku pada Hazwan. Rupanya,Hazwan telah dihukum gantung. Dan pada saat Hazwan membuat permintaan terakhir,Hazwan telah membuat permintaan untuk menyanyikan sebuah lagu yang dia karang untuk gadis kesayangan dia. Tajuk lagu tersebut adalah CINTA TIGA SEGI dan sehingga kini,lagu ini sering dimain semula oleh pemain2 gitar..Dan untuk pengetahuan semua, arwah Hazwan ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan ***** ######. Apa yang berlaku pada Tipah? Tipah telah menjadi tertekan dan akhirnya gila. Kerana kedua2 orang yang dia sayang mati meninggalkan dia..Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatehah untuk arwah.Semoga kisah ini dijadikan pengajaran dan pedoman buat kita yang masih hidup. Dengarkan lah lagu CINTA TIGA SEGI ini..

Thursday 6 December 2012

4 Makanan Anti-Sosial Yang Baik

1. Bawang Putih

Selepas mengambil makanan berat dipenuhi dengan bawang putih, seseorang tu sudah pasti akan bimbang tentang nafas berbau dan semestinya akan mengambil gula-gula mint ataupun mengunyah gula getah dengan harapan bahawa mereka tidak akan dilabel nafas bawang putih. Bawang putih memberikan kesan bau mulut serta merta yang boleh bertahan sehingga berjam-jam.

Sebatian sulfur dalam bawang putih adalah punca yang memberikan nafas berbau. Bau itu bukan sahaja datang daripada makanan yang terperangkap di antara gigi tetapi juga daripada minyak dalam makanan yang diserap ke dalam aliran darah dan dibawa ke seluruh badan seterusnya ke dalam paru-paru. Dan bau ini boleh berlanjutan sehinggalah makanan itu dihapuskan dari badan.

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang membantu meningkatkan sistem imun, mengurangkan kejadian sejuk dan batuk-batuk. Bawang putih juga dikatakan terbaik dalam menguruskan tekanan darah dan tahap kolestrol dalam badan. Oleh itu, kita tidak harus membuang setiap bawang putih dicincang daripada makanan kita tetapi sebaliknya, kita boleh mengurangkan pengambilannya dan banyakkan minum air.


2. Bawang Merah

Kesan bawang merah kepada nafas kita adalah serta merta, dan ia boleh berpanjangan sehingga beberapa jam. Bau nafas seseorang selepas makan bawang mentah boleh membuatkan individu di hadapan mereka berair mata dan merasa jijik.

Bawang merah juga mengandungi sebatian sulfur seperti bawang putih, seterusnya menyumbang kepada nafas berbau. Hanya kerana ia akan menyebabkan nafas berbau, kita tidak seharusnya menghapuskan bawang daripada diet kita. Bawang merah merupakan sumber vitamin yang baik, ia mengandungi Vitamin C, B6, Biotin, Kromium, Kalsium dan serat makanann.

Selain itu, bawang merah juga mengandungi asid folik, Vitamin B1 dan Vitamin K. Pendek kata, bawang merah adalah sumber terkaya dengan pelbagai zat dan vitamin. Itulah sebapnya bawang ni digunakan hampir dalam setiap masakan yang dimasak menggunakan minyak.


3. Baked Beans

Kepada mereka yang menjadi peminat kepada baked beans mungkin menyedari yang korang akan kerap membuang angin selepas memakannya. Tidak ada cara yang sopan untuk meletakkannya tetapi pengambilan kacang menyebabkan kembung perut. kacang adalah tinggi di dalam seratyang tidak dapat dipecahkan / dilarutkan sehingga ia sampai ke usus besar. Apabila ia sampai ke usus besar, ia akan mengkasilkan gas yang terpaksa dikeluarkan dengan cara yang tidak berapa baik (kentuuuuut)

Kebaikan baked bean pula, ia merupalan salah satu sumber terbaik serat didunia, baked bean menawarkan serat yang hilang di dalam diet kita. Ia juga adalah makanan rendah lemak dan sesuai untuk pengawalan berat badan. Korang perlu tahu bahawa diet serat tinggi adalah dicadangkan untuk pengawalan kandungan gula dalam darah, dan ini menunjukkan ia sangat baik kepada pesakit diabetes.

Herba seperti pudina, lemon, dan halia boleh digunakan untuk membantu melegakan perut kembung akibat kesan pengambilah kacang yang berlebihan.


4. Petai

Biasanya apa-apa yang terbaik diumumkan di tempat yang terahir. Itulah petai, raja semua makanan anti-sosial. Petai mempunyai rasa yang sangat kuat - sama ada korang suka atau tidak. Orang mempunyai banyak sebab untuk membenci petai. Hakikatnya Sambal petai adalah sangat sedap jika digabungkan dengan sambal bilis nasi lemak. Tetapi seperti asparagus, asid amino dalam petai menyebabkan air kencing berbau walaupun selepas dua hari memakannya. Dan sudah tentulah, bau petai tu boleh kekal dalam mulut sehinggalah kesemua sisa petai dalam badan dihadam dan dikeluarkan oleh badan.

Sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia juga akan menyebabkan badan berbau, dan ini mungkin menyebabkan, korang mempunyai bau seperti beg petai berjalan -jalan. Tidak cukup dengan itu, petai, seperti kacang yang lain akan menyebabkan kembung perut,dan yang paling best, ia menyebabkan kerap sendawa dan kentut. P/s : Baunya sebiji macam petai biji petai

Ok. mengenai kebaikan petai pula, petai ni sangat baik untuk menangani anemia, menurunkan tekanan darah, membantu penghadaman dalam usus untuk mereka yang mengalami sembelit dan meningkatkan ketajaman otak untuk berfikir kerana mengandungi kandungan kalsium yang tinggi. Petai juga boleh dignakan untuk mengusir dan mengurangkan kesan gigitan nyamuk. kalau digossokkan petai tu di badan korang, nyamuk yang cuba-cuba untuk hisap darah, akan terus pengsan, disebabkan bau petai. :D


Wednesday 5 December 2012

Meningkatkan Kemampuan Minda


Pernahkah korang mengalami keadaan ini apabila korang terserempak dengan seseorang di pasaraya ataupun di tengah jalan tetapi korang langsung tidak ingat nama mereka? Saya pasti, ia pernah berlaku kepada kita semua.

Walaupun otak kita merupakan komputer yang terhebat di planet ini, tetapi minda kita boleh expire. Kita tidak boleh menyalahkannya, itu sudah lumrah alam. Sebagai seorang manusia, kita banyak mengisikan pelbagai informasi ke dalam simpanan otak kita. Terdapat perkara yang bernilai dan diingati, perkara yang buruk dilupakan, sebahagiannya bermakna dan yang lainnya hanya sementara. Proses perlakuan minda ni memang tidak berkesudahan selagi kita masih hidup.

Tidak kira sekuat mana pun otak kita, ia memerlukan masa untuk berehat supaya ia untuk kekal tajam dan berfungsi dengan baik. Tidak memberikan masa kepada otak untuk berehat umpama seorang bodoh yang mengembara keseluruh Parking lot kerana mereka lupa tempat mereka meletakkan kenderaan. Adakah korang pernah menjadi orang itu?


Berikut adalah beberapa perkara yang korang boleh mula lakukan untuk meningkatkan kekuatan Minda korang.


1. Makan Buah Badam (Almond)
Buah Badam dipercayai dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Jika kombinasi minyak badam dan susu yang diambil bersama-sama sebelum tidur atau selepas bangun pada pagi, ia menguatkan daya ingatan kita. Susu badam disediakan dengan menghancurkan badam tanpa kulit luar dan menambah air susu dan sedikit gula.

2. Minum jus epal
Pengambilan jus epal meningkatkan pengeluaran asetilkolin yang merupakan zat kimia penting dalam meransang saraf otak, memberikan kuasa meningkatkan daya ingatan.

3. Tidur dengan lena
Penyelidikan menunjukkan bahawa memori jangka panjang disatukan semasa tidur dengan memutar kembali imej pengalaman harian. Semasa kita tidur minda separa sedar akan membuat rakaman kembali untuk menyimpan imej-imej dan maklumat yang diperolehi sewaktu kita sedar.

4. Hidup tanpa tekanan
Tekanan menyebabkan minda menjadi lemah. Ia juga menyebabkan banyak perkara penting yang disimpan dalam fikiran selama ini hilang dan meninggalkan kita yang berada dalam keadaan minda yang lemah. Biasakan diri untuk melibatkan diri dengan aktiviti riadah yang menyeronokkan untuk menghilang tekanan pada minda kita. Antara perkara yang kita boleh lakukan untuk menghilangkan tekanan ialah :
  • Mendengar musik kegemaran
  • Bermain dengan anak-anak / rakan-rakan
  • Menghargai orang lain
  • Berjoging beberapa kilometer sehari, Berbasikal ataupun berenang
  • Memulakan Blog <-- Blog moleh mengasah minda :D
5. Berpuasa
Berpuasa sememang sangat baik untuk badan kita jila dilakukan dengan betul. Puasa boleh membersihkan dan menyahtoksin badan kita. Memakan Makanan yang terlalu berat bukan sahaja menyebabkan tekanan pada sistem penghadaman kita tetapi juga dalam minda kita. Berpuasa juga boleh meredakan penyakit emosi seperti marah, sedih, risau, dan ketakutan. Dengan berpuasa, ia bukan sahaja menjauhkan kita daripada penyakit emosi malah ia boleh membantu meningkatkan tumpuan, kreativiti, dan ingatan (Kerana sentiasa ingat waktu berbuka? :D).

6. Melatih minda
Latihan fizikal adalah penting untuk menjadikan badan kita yang kuat, sihat dan cergas. Melatih minda tidak kurang juga pentingnya untuk membuatkan minda menjadi tajam dan aktif. Adakah korang perasan bahawa kanak-kanak mempunyai kuasa otak jauh lebih hebat daripada orang dewasa? Kanak-kanak mempunyai minda yang suka bermain. Minda yang suka bermain mempamerkan kuasa mengingat yang sangat kuat. Libatkan diri dalam beberapa aktiviti yang memerlukan minda anda untuk kekal aktif dan suka bermain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan :
  • Melengkapkan teka-teki silang kata
  • Melengkapkan SUDOKU
  • Berinteraksi dengan orang lain
  • Memulakan hobi baru seperti Blogging, membaca, dan melukis
  • Belajar kemahiran baru ataumempelajari bahasa
7. Mengurangkan pengambilan gula
Gula adalah bukan makanan. Ia adalah satu bentuk karbohidrat yang hanya memberikan sedikit tenaga, dan boleh menyebabkan kelelahan. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan gejala neurotik (ganguan pada urat saraf). Gula yang berlebihan boleh menyebabkan badan cepat terkejut dan menghilangkan daya ingatan dan lain-lain gangguan saraf. Makanlah makanan yang mengandungi kurang gula dan jauhkan diri daripada minuman manis atau penggunaan kafein dengan gula yang berlebihan.

9. Makan gandum
Gandum mengandungi lesitin. Lesitin membantu meringankan masalah pengerasan arteri, yang seringkali menjejaskan fungsi otak.

10. Makan hidangan ringan pada waktu malam
Makanan berat pada waktu malam menyebabkan keresahan dan tekanan emosi yang berpanjangan pada waktu tidur. Ia adalah lebih bijak untuk makan berat pada waktu siang apabila tubuh badan kita sedang aktif bekerja. Makan makanan ringan dengan beberapa buah-buahan membolehkan kita tidur dengan lena. Tidur malam yang baik boleh menguatkan minda kita.

Terima Kasih kerana membaca ^^


Oppa Gangnam Style Terjemahan Bahasa Melayu


Oppa (Abang) Gangnam (Nama Tempat) Style
Gangnam Style

Seorang gadis yang sopan santun pada siang hari..
Seorang gadis bergaya, yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi..
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang..
Jenis gadis yang piuh..

Saya seorang lelaki..
Seorang lelaki yang panas seperti anda pada siang hari..
Seorang lelaki yang minum satu-tembakan kopinya sebelum ia menyejuk..
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang..
Jenis lelaki itu..

Cantik, loveable..
Ya anda, hey, ya, anda, hei..
Cantik, loveable..
Ya anda, hey, ya, anda, hei..
Sekarang mari kita pergi hingga ke akhirnya!~..


Oppa Gangnam Style..
Gangnam Style..

Oppa Gangnam Style..
Gangnam Style..
Oppa Gangnam Style..

Eh Sexy Lady, Oppa (abang) Gangnam Style..
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh..

Seorang gadis yang kelihatan pendiam tetapi bermain apabila dia bermain..
Seorang gadis yang menguraikan rambutnya apabila datang masa yang sesuai..
Seorang gadis yang menutupi dirinya, tetapi lebih seksi daripada seorang gadis yang buka semuanya..
Seorang gadis sensable seperti itu..

Saya seorang lelaki..
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi bermain apabila dia bermain..
Seorang lelaki yang berubah sepenuhnya menjadi gila apabila datang masa yang sesuai..
Seorang lelaki yang membonjol idea dan bukannya otot..
Jenis lelaki itu..


Cantik, loveable..
Ya anda, hey, ya, anda, hei..
Cantik, loveable..
Ya anda, hey, ya, anda, hei..
Sekarang mari kita pergi hingga ke akhirnya!~..


Oppa Gangnam Style..
Gangnam Style..

Oppa Gangnam Style..
Gangnam Style..
Oppa Gangnam Style..

Eh Sexy Lady, Oppa Gangnam Style..
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh..

Di atas lelaki yang berjalan adalah manusia terbang, Baby Baby..
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua..
Di atas lelaki yang berjalan adalah manusia terbang, Baby Baby..
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua..

Anda tahu apa yang saya cakapkan!??..

Oppa Gangnam Style..

Hey! Sexy Lady, Oppa Gangnam Style..
Eh!~ Sexy Lady oh oh oh oh..

Sunday 25 November 2012

Windows (tingkap) atau Windows (os)

Seorang pekerja baru yang bernama Syarif pening apabila bossnya suruh membuka Microsoft Excel. Godek punya godek , akhirnya dia membuka DOS.

“Hey! Saya minta kamu buka Excel kenapa malah buka DOS…??” teriak boss dia.

“Gini boss, saya tak mau melanggar peraturan..” jawabnya. Si Boss kebingungan, dan bertanya, “Peraturan apa?”

Sambil menunjuk tulisan di dinding, Syarif membacanya. “This room is equipped with air conditioner, please do not open windows… Windows jer dah tak boleh apalagi Excel!” 

Tuesday 20 November 2012

Pantunku

Bnyaklah org mnanam pulut,
Sy seorg mnanam padi,
Bnyaklah org karam di laut,
Sy seorang karam di hati,..


Ape diharap padi seberang,

Entah jady entah tidak,
Ape diharap ksih nye org,
Entah jady entah tidak,..


Anak buaye terenang-renang,

Anak kunci dlm perahu,
Hanye sy trkenang-kenang,
Org bnci sy x  tahu,..


Biji saga nmpak laaa merah,

Bawa segenggam pergy ke kota,
Hati kecewa amat laaa parah,
Tidur bertilam si air mata,..


Akar nibung terasap-asap,

Akar mati dlm perahu,
Trbakar kmpung nmpak berasap,
Trbakar hati sape yg tahu,..


Hujan turun badan pon basah,

Patah galah haluan perahu,
Niat di hati x mau brpisah,
Kehndak Allah sape yg tahu,..

:'(((((((((((((((( the end!!!!!!!~ 




Thursday 16 August 2012

Kriteria Lelaki Pilihan Perempuan



Anda kacak tetapi hairannya masih tak punya pasangan. Sudah ramai wanita yang anda dekati tapi  tiada yang sudi menjadi teman hidup anda. Pernah tak anda terfikir mengapa? Jika begitulah situasinya, sudah tiba masanya anda untuk menilai diri. Walaupun anda kacak tapi adakah anda memiliki kriteria sikap yang diidamkan wanita seperti di bawah ini.

Boleh dipercayai
Biasanya wanita mencari lelaki yang boleh dipercayai dan jujur. Lelaki yang menjadi buaya darat lazimnya tidak jujur dan gemar mempermainkan hati wanita. Jadi, kalau anda mahu disayangi, jujurlah dan jadilah orang yang boleh dipercayai. 

Berani dan punya komitmen
Sesetengah lelaki takut untuk meluahkan kata-kata kerana tidak yakin dengan diri sendiri. Jadilah lelaki yang berani kerana apabila mahu mengikat komitmen dengannya, anda harus memikul tanggungjawab besar.

Ikhlas
Selagi anda tidak jujur selagi itulah anda tidak menerima cinta ikhlas darinya. Sesetengah lelaki beranggapan pasangan tidak tahu segala tindakannya tetapi sekali rahsia anda terbongkar, hatinya begitu terluka dan pasti tidak mempercayai anda lagi. 

Romantis
Ramai wanita mengidamkan lelaki romantis. Romantis menambah baik pada suatu hubungan. Tapi awas, lelaki romantis ini biasanya dikaitkan dengan lelaki mata keranjang.

Pegangan Agama
Wanita bukan saja menginginkan kebahagian di dunia tetapi juga di akhirat. Oleh itu, mereka mencari lelaki yang ada cahaya keimanan dalam dirinya. Lelaki yang tahu hukum hakam agama dan bukan lelaki yang mengabaikan perintah Allah.